KaMi Laa BaKaL gURu

detik Permulaan
PPISMP PRA SEKOLAH 2 AMBILAN JULAI 2007
ini laaaa...simBol bahawa diriku adalaaa bakal guru
bermulalaaa kisah kami sebagai Guru Pelatih
Di
IPGM Kampus Perempuan Melayu Melaka

Di sini bermula la segala suka duka kami
di sini kami belajar mengenali dunia luar
menghayati alam pendidikan
Jika dulu belajar untuk diri sendiri
kini...
semuanya telah berubah
kamilaa pendidik generasi akan datang
bakal guru pendidik anak bangsa

PISMP PRA SEKOLAH 2 AMBILAN JANUARI 2009

kini...
kami pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Diana..husna...kak Zira..tikah..kak mai..jue..ecah..lieya..iefa
kak fyrah..nani..ainin..nadia..anis..syikin..teha..alia..mas
perjuangan kita adalah sama
matlamat kita adalah satu
menjadi pendidik
cemerlang..gemilang dan terbilang

Wahai sahabatku sekalian
terjalinnya ukhuwah dengan senyuman
terjalinnya persahabatan hadirnya satu matlamat
dibawah naungan bumbung
Profession Perguruan
Hargai sementara ada
beringat sebelum kena
Segalanya di tangan sang Pencipta
Yang Maha Esa
Allah SWT
yang pasti
"Setiap saat yang akan datang belum tentu milik kita"

Wahai sahabat sekalian
Aku sayang kamu
terima kasih kerana hadir dalam hidupku



Semoga persahabatan ini adalah untuk selamanya
walaupun yang pasti
suatu hari nanti
jarak memisahkan kita
hanya doa di angin lalu
ukhuwah ini pasti terpahat kukuh di hati

Anis sayang kamu semua
















Rindu sama KamOoooo...=(

ermmmm...bosannyer hari nieee..
sume lectrer xdaaa...
kan best kalo aku duk umah,,,
leh g jln2..
xdala terkurung jer kt mktb nieeee,,,
rindu nk drive sndr
jimat duit kn...xpelu bg kt uncle kumar k...uncle kupu k..huhuhu=(

biler duk pike2..
rindu la nk jupe "abg"
da sebulan da xjupe...
biler erk nk jupe lg...
mst lmbt lg..
pas raya....
Miss u a lot sygggg...
rindu sama kamoooo

"Che Rohazli bin Che Mazlam"
buatmu syggggg :

mengenalimu membawaku ke alam cinta
mengenalimu mengajarku erti kasih
mengenalimu mengajarku erti kematangan
mengenalimu mengajarku erti rindu
mengajarku erti menghargai
Selagi saat miliku
selagi kasih miliku
anugerah Allah yang satu Insyllah untukmu

Ini KaH KeK nYeR???

ermmm...da lama da xpost kt blog nieeee...
bz sgt la mgu lpas..
sapa xda msa nk diluangkan kt cnieee...
pe2 pn..aku nk citer laaa...
mgu lps da Karnival Pendeta Bitara kt IPGM KPM nie..
mcm2 la aktiviti ada...
senaman aerobikla...hiasan sehati sejiwalaa...karnival jualan laaa...
dan yg paling pening pertandingan menghias kek...
ermmmm..untk memeriahkanlaaaa lg prtandingan nie..
rumet aku..hana n liza msuklaaaa..hehehe=)
pyela excited nk menang..sampaikan..
asyk duk tgk gmbr kek jer...waduhhhhhh....
aku ni xmsuk ape2..kos aku pyer unit arrange yg pertndingn gubahan tu haaa..
lgpn aku ni kn "rajin" sgt orngnyer...hhahaha
mse rumet ak btanding 2..
aku duk kt bilik jer..
wt hal akulaaa..panas nk trun mase tuhhh...
tup..tup...
rumer aku blik membwak ket yg diorg hias...
mule2 tkut aku nk buke bekas..
tkut xda rupe kek...
pastu biler bukak.......=)
ni laaa kek nyer...
leh la tahan kn...???

hehehehhee=)


klo xsilap aku laaa..kek ni da nama tauuuuuu...

"HAZA FRIUTS CAKE"

ilham dr gabungan 2 nama...hana & liza....

Alhmdlah...masa perasmian penutup tuuu...kek ni dptla kugk tempat ke-4..
kire okela dr 8 psangn yg mnyertaikn...hihihi..
yg pnting pengalaman tuhhh...
menang kalah adab bertanding...
betul x kawan2...=)

nwayyyyy,,,tahniah yer HANA & LIZA...

WE ARE FRIENDS FOREVER

CHAYOK...!!! C51...

ANIS...HANA...LIZA


Keayuan seorang gadis...=)

Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari.

Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti 'tolong' serta 'minta maaf'. Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam. Menjaga kulit. Keebrsihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit. Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka.

Jangan banyak berangan.Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala beberapa kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas. Menjaga cara berberjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit. Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut. Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik. Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling.

Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda. Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin. Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong. Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.

Tanda-tanda Kematian



Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk engkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah Subhanahu wa ta'ala tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah Subhanahu wa ta'ala. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Al
lah Subhanahu wa ta'ala.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah Subhanahu wa ta'ala kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka- mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan- akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar
. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah Subhanahu wa ta'ala. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka y
ang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan
layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah Subhanahu wa ta'ala yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Penutup
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah Subhanahu wa ta'ala semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda- tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah Subhanahu wa ta'ala mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah Subhanahu wa ta'ala yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah Subhanahu wa ta'ala semata-mata.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berd
oa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah Subhanahu wa ta'ala serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah Subhanahu wa ta'ala samada di dunia mahupun akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah Subhanahu wa ta'ala dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Wallahua`lam...

Ya Allah...

Ya Allah...
kuatkan semangatku..
kuatkan hatiku
Tabahkan diriku ini mengharungi dugaan dan cabaran Mu
Sesungguhnya aku hanya insan kerdil yang menumpang
Menumpang di bumi Mu ini Ya Allah
Andai aku telalai
sedarkan aku dengan hukuman Mu Ya Allah
Aku hanya manusia biasa yang sentiasa melakukan kesilapan
kadang-kadang tanpa kusedari
Tanpa ku ingati
Aku hanya sekadar Hamba-Mu yang hina Ya Allah

Ya Allah
Aku di sini
Di bumi Anbia
mengharapkan belas-Mu
mengharapkan berkat-Mu
mengharapkan cahaya-Mu
mengharapkan rahmat-Mu Ya Allah
pencipta sekalian alam semesta

Ya Allah...
hanya pada-Mu aku berdoa
hanya pada-Mu aku bermohon
hanya pada-Mu ku berserah
Tunaikan impianku
kabulkan Hajatku
Permudahkan segala urusanku
teguhkan imanku
agar aku tidak hanyut dengan dugaan dan cubaan dunia ya Allah
kernaku tahu
itulah tanda kasih dan sayang-Mu Ya Allah

Penat...=(

hari nie bru jer 2 hr mule kuliah..
tp rase cm dh fed up dh...
malas jer nk blaja..
tp kne rajinkan jugk..
yela..da msuk degree kn,,
kne la bertambah matang...
adoilaaaa...
kn best klo aku da bdekatan ngn parent aku...
xdala rindu diorang...
terasa sngt nk balik..
rindu saat sekolah dlu..
study ngn kwn2 biler hbes kelas..
hujung mgu g tuisyen,,,
tp sekarang,,,??
sume 2 da xda...
masa....cepatnya kau berlalu pergi meninggalkan ku sndr...
Ya Allah..semoga yang terbaik akan sentiasa ada untuk aku,,,insyaallah,,,,