Angan-anganKU...bersama CINTAKU


2010 bakal melabuhkan tirai...
berakhirnya 2010..
terbukalah tirai 2011..
usiaku makin jua meningkat...(aku nie mengaku tua k???)hahahha

sepanjang cuti nieee...da ramai kawan2ku yang bertunang...
yang berkahwin..bersama pasangan pilihan masing2...
jauh disudut hatiku....
"Bilakah saat untukku bakal menjelma"
Jauh ku merenung masa depan...
nanum..
hatiku berkata...
"belajar dlu...kawen kemudian....mak bapak aku bukan bg pun"
aku pula berkata
" ermm..yela...tapi xsalah kalu sekali skala nk berangan.bukan kene bayar pon..free jerk..hehehhe"
dalam duk berangan2 tuh..aku pun terbitkanlah pelbagai dokumentari impian hidupku..hahaha..
cam pe jerk...ngok ngek jer aku rasa..tp biarlahhhh..aku punye hal...ADE AKU KESAH???

PELAMIN ANGANKU...
"bilakah saatnya???"
hahahaha
CINCIN TANDA IKATAN AKU MILIKNYA
"yang mana satu akan aku miliki di hari bahagiaku???"
hehe..harap2 gempak gitu...

APE2 PON...dihatiku hanya tercatat nama si dia..
CINTAKU..
CINTA HATIKU
RINDU DIA SANGAT2...

KAULAH JUARA...MALAYSIA BOLEH...

wahhhh...akhirnya GARUDA mengalah biler HARIMAU mengaum...
cayalah...aku bangga jd RAKYAT MALAYSIA...TAHNIAH SKUAD BOLA SEPAK KEBANGSAAN kerana mengjulang maruah MALAYSIA...segala spekulasi adalah tidak benar...
MALAYSIA memang HEBAT...
KEKALKAN PRESTASI PADA MASA AKAN DATANG...

kini kau akan datang ke MALAYSIA..
terimalah hakikat..
kemenangan itu milikmu MALAYSIA
"tanah tumpahnya darahku"

"MALAYSIA BOLEH"

"KAMI RAKYAT MALAYSIA TUMPANG BERBANGGA"

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

Holiday oh Holiday...~~~CINTAKU~~~




Mase cepat sgt berlalu....aku rase bru jer lagi aku hbes exam sem niee..tup2222...da dapat result daaa...xlama ag da hbes cuti...tak suke nyer...
belom pon puas ag aku kuar bersama cintaku..
now...bermulanya 2011...kami terpaksa membawa haluan masing2 kembali...

sedihnye.....
"ABG....ANIS SYG & AKAN SENTIASA RINDUKAN ABG"

ahhhh....takpelah...
kenangan terindahku sepanjang holiday ni..
aku dan cintaku dapat g sekayu..
mandi-manda kt sekayu...
(sedihnya..aku xmandi..seganlaa)
Ape2 pon aku happy sgt2 cos dapt teman cintaku..
suasana yg nyaman..
mendamaikan jiwaku bersama yg tersyg..hehehe...
makan2..mandi2..makan2..mandi2...
sapa la 3 4 jam di sekayu tuh..
xsedar masa da berlalu..
jap jer aku rasa...
ibaratnyer..
aku baru jer duduk2..da nk kne balik...
TAPI.....
aku enjoy n rasa bahagia sgt...
THANXS MY LOVE
"CHE ROHAZLI CHE MAZLAM"
for the best moment..

"sempat aje cintaku nie posing b4 betul2 basah kuyup"

"suasana yg tenang & mendamaikan.."
aku suke suasana nie...klo bole aku nk duk je c2..
da xnk blik2 daaa...
tp xlogik la plq..hahaha
"aku bersama cintaku masa mula2 sampai"
so missing this moment my dear
"nt kte g lg yer syg"

"Bestnyer cintaku nieee...basah & sejuk dalam air"

Sayang...
moga detik ini akan jd kenangan terindah buat kita k..
moga ikatan kita berpanjangan selamanya..
panjatkan doa...moga ianya dimakbulkan ALLAH SWT...

FOREVER IN LOVE
ANIS AFIQAH BINTI KAMARUDIN
&
CHE ROHAZLI BIN CHE MAZLAM

uwaaaaaaaa...cuti nak habes daaaa....
nanti cuti panjang..hope dapat bersama kamu lagi cintaku...
LOVE U SO MUCH..

Andai WANITA tahu...Tentang LELAKI...

Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).


Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat.


Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.


Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.


Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.


Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita...


Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch!
Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.


Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!


Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.


Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.


Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.


Kebanyakan lelaki yang nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys! (how true)


Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.


Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini.

Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.


Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita…dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa...yang lain hanya kawan.


Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari...maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja....Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...


Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.


Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan.

20 sifat lelaki yang perempun benci



1. MENINGGIKAN SUARA

>Tahulah mereka dikurniakan suara yang macho tapi kalau nak
meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah.

>Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA
>Bab main kayu tiga ni masalah paling besar.

>Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA CUCI MATA?
>Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang).

>Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar.
>Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!
"HAAAAAA..NI SATU HAL LAGI..!!!BOLEH TAK KALO SETIA..HARGAI APE YG DA ADE????ISHHHH"

4. MENGONGKONG
>Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri
>kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan.

Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya
pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula
sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka...
5. EGO
>Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita.
>Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki
menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa

mempedulikan perasaan si gadis.

>Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU
>Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan
yang tak munasabah.

>Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri.

>Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo.

>Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini.
>Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN
>Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem.

>Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi,
mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih.

>Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji...sedarlah!

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
>Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni.

>Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya.

>Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... egolah katakan!
>Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai!


9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
>Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan
perhatian tidak kira dalam apa jua urusan.

>Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya.

>Jika berkaitan teman wanita, mereka kurang mengambil perhatian.
>Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24
jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana
sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA
>Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan
memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga.

>Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan

kumbang lain kot.
>Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya.

>Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN
>Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya lelaki
spedo?.

>Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran.

>Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apa cerita ni??

>Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!


"KEJE2 JUGAK...DUIT2 JUGAK...PERHATIAN KT TERSYG TUH KNE LA AMBIK TAHU..
NT KLO MELEPAS KT ORG LAIN..SAPE YG RUGI???"

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
>Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya.
>Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar.
>Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun.

>Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita.
>Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja.

>Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...

13. PANAS BARAN
>Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis
apabila mendapat kekasih yang panas baran.

>Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain.

>Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang?

>Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang!

>Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada?

>Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah.

>Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK
>Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana
sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya.

>Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok.

>Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan.
>Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak...
membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah.

>Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit.

>Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

"SO PADA PAKWE2 YG SYG AWEK TUH...

SEDAR2LAH..UDAH2 LA MEROKOK TUH"

15. PENGOTOR
>Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor.
>Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!!

>Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak
memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar.

>Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? >Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.
16. GELOJOH
>Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam food machine?.

>Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita.
>Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. >Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
>Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak atau pun menonton WWF bersama kawan-kawan.

>Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal.

>Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan

masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan.

>Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya?

>Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia.

>Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan
menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu
dari dia.

>Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
>Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya.

>Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. >Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini.

>Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya.
>Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas
apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil.
>Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
>Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata
sememangnya merekalah yang bersalah.

>Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri.

>Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti.

>Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda!

>Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
>Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang hancur je yang lebih kot!
>Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem.
>Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki
sejati dan ada elemen HERO.

>Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda.

>Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

P/S: haaaa...bole dikatakan yg kat atas ni aku xsuke...tp manusia manada yg sempurna kn???

sooooo...pd teman2...same2la baiki diri sndri..pas2 kte saling terime seadanya...cm2 bru ok..hihihi