Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts
Disebalik detik...
Posted by Cik Anis Izara Sunday, March 13, 2011 at 6:43 AM
Di sebalik Detik
Di sebalik detik
Tidak dapat diduga
Tidak dapat dirasa
Akhirnya sekadar menerima
Sedangkan nasib boleh diubah...
Disebalik detik
Tersembunyi sejuta rahsia
Tersimpan seribu realiti
Yang tidak terungkai dengan kata
Hanya masa penentu segalanya
Disebalik detik
Kutempuhi sebuah dugaan
Kulalui ranjau kehidupan
Untukku genggam impian
Sebuah realiti indah
Yang tidak ternilai harganya
Setelah terukir penantian
Disebalik Tirai usaha yang perit
Menghasilkan nikmat yang tidak terhingga...
0 comments Labels: puisi
Inilah realitinya....Hidup...
Posted by Cik Anis Izara at 6:32 AM
Inilah Realitinya hidup...
Tercatatnya sebuah kenangan
Pabila terkuburnya sebuah impian
Dalam bahagia aka nada duka
Walaupu perit harus diterima
Kerana ia qadar dari Allah swt
Apakah hak kita untuk mempertikaikannya....
Mungkin ini satu petanda
Allah sayangkan kita
Dengan hadirnya
Rintangan dan dugaan
Dalam melalui
Erti sebuah kehidupan
Sepanjang realiti
Kenangan tidak sentiasa indah
Tiada juga sentiasa duka
Inilah ia corak kehidupan
Inilah ia warna sebuah reality
Di alam fatamogana....
0 comments Labels: hidup, puisi
Subscribe to:
Posts (Atom)


