Disebalik detik...
Posted by Cik Anis Izara Sunday, March 13, 2011 at 6:43 AM
Di sebalik Detik
Di sebalik detik
Tidak dapat diduga
Tidak dapat dirasa
Akhirnya sekadar menerima
Sedangkan nasib boleh diubah...
Disebalik detik
Tersembunyi sejuta rahsia
Tersimpan seribu realiti
Yang tidak terungkai dengan kata
Hanya masa penentu segalanya
Disebalik detik
Kutempuhi sebuah dugaan
Kulalui ranjau kehidupan
Untukku genggam impian
Sebuah realiti indah
Yang tidak ternilai harganya
Setelah terukir penantian
Disebalik Tirai usaha yang perit
Menghasilkan nikmat yang tidak terhingga...
0 comments Labels: puisi
Inilah realitinya....Hidup...
Posted by Cik Anis Izara at 6:32 AM
Inilah Realitinya hidup...
Tercatatnya sebuah kenangan
Pabila terkuburnya sebuah impian
Dalam bahagia aka nada duka
Walaupu perit harus diterima
Kerana ia qadar dari Allah swt
Apakah hak kita untuk mempertikaikannya....
Mungkin ini satu petanda
Allah sayangkan kita
Dengan hadirnya
Rintangan dan dugaan
Dalam melalui
Erti sebuah kehidupan
Sepanjang realiti
Kenangan tidak sentiasa indah
Tiada juga sentiasa duka
Inilah ia corak kehidupan
Inilah ia warna sebuah reality
Di alam fatamogana....
0 comments Labels: hidup, puisi
Dikau Yang Telah Pergi...=(
Posted by Cik Anis Izara Sunday, March 6, 2011 at 5:42 AM
DIKAU YANG TELAH PERGI…=(
Bersama semangat diriku
Membawa kenangan kita bersama
Sejak kali pertama ku kenali dunia
Kau Yang Telah pergi…
Mengalirkan air mataku dipipi
Menghadirkan sebak didadaku
Membuatku terasa bagaikan kehilangan
Permata indah
Permata kehidupan anugerah ilahi buatku….
Kau Yang Telah Pergi…
Meninggalkan seribu harapan
Meninggalkan sejuta impian
Yang inginku bina bersamamu
Yang inginku lakar menghiasi hidupmu
Yang inginku kongsi segalanya bersmamu
Kini…
Kau yang telah pergi
Tinggalkanku hanya kenangan
Tinggalkan memori impian yang tidak ternoktah
Tinggalkan lakaran yang tak berkesudahan
Kau Yang telah pergi
Malam-malamku mendoakanmu
Agar kau sejahtera di alam sana
Bersama rahmat Yang Esa
Bersama kerinduan yang memuncak
Tidak kesampaian
Kau yang telah pergi
Aku merindukanmu
Aku impikan saat bahagia bersamamu
Aku impikan sentuhan tanganmu
Aku inginkan belaian darimu
Aku inginkan bicara indahmu
Aku mahukan suapan dari tangan mulusmu
Aku inginkan segalanya berulang kembali….
Kau yang telah pergi…
Kini hanya tinggalkan kenangan kita bersama
Hanya utusan doaku untukmu yang jauh
Hanya titipan bisikan rindu dihati untukmu
Buatmu yang telah pergi
Sesungguhnya AKU amat MERINDUImu…
Kau Yang Telah Pergi
Kau sayangku…
Dulu…kini…dan selamanya…
AL-FATIHAH…
Buat dikau yang telah pergi…
Abdullah bin Jusoh
Siti Binti Ali
ALONG TERSANGAT MERINDUI KALIAN BERDUA…
HANYA TITPAN DOA YANG ALONG HADIRKAN UNTUK KALIAN
ALONG SAYANG KALIAN…
Terima Kasih Sayangku...
Posted by Cik Anis Izara at 5:16 AM
NURKILANKU…TERIMA KASIH SAYANGKU...
Terima kasih sayangku….
Kerana hadir dalam hidupku..
Dirimu ibarat pelangi indah
Yang menyerikan hari-hariku…
Kehadiranmu ibarat sang mentari
Yang bersinar menerangi kegelapan hidupku…
Suaramu alunan muzik merdu yang bisa membahagiakanku…
Bicara katamu lakaran kebahagiaan hatiku…
Terima kasih sayangku…
Kaulah penyeri hidupku
Kaulah lakaran kanvas kehidupanku
Kaulah gurindam indahjiwaku
Kaulah destinasiku
Kaulah ukiran cinta sejatiku
Kaulah teman abadi
Wahai kekasih hatiku…
Terima Kasih Sayangku…
Ku gadismu menanti lamaran ikatan suci
Darimu perwira hatiku
Darimu pemilik kunci kamar cintaku
Ku gadismu menyayangimu
Ku gadismu mencintaimu
Ku gadismu merinduimu sepenuh jiwa dan ragaku…
Terima kasih sayangku….
~~~CHE ROHAZLI BIN CHE MAZLAM~~~
JOm join FACEBLOG
Posted by Cik Anis Izara Wednesday, March 2, 2011 at 2:02 AM
TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
MEH KITE RAMAI2 JOIN FACEBLOG...
KITE tambahkan follower blog kite...jgn malu2..jgn segan2...
Subscribe to:
Posts (Atom)